Ten Hag akui berdepan kelab terbaik dunia

Iklan
Ten Hag

ERIK ten Hag mengakui gemar menonton gaya permainan Manchester City, namun pengendali dari Belanda itu menggesa Manchester United untuk melawan seteru setempat tersebut sekiranya berhasrat menjulang kejuaraan Piala FA di Stadium Wembley, Sabtu ini.

"Saya percaya persaingan intensiti tinggi kedua-dua pasukan ini secara logik telah berterusan sekian lama, namun dalam Derbi Manchester final Piala FA, anda perlu menghormati antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

"Sabtu ini sudah tentu ia merupakan pertarungan besar antara dua kelab hebat liga Inggeris. Ia juga adalah perlawanan paling berprestij final Piala FA.

"Mana-mana perlawanan melibatkan pertemuan Manchester United dan Manchester City merupakan derbi, namun apabila melibatkan perlawanan akhir ia merupakan sesuatu yang istimewa, sudah tentu,” kata ten Hag.

Iklan

Sebagai rekod, City dan United akan bertembung buat kali pertama dalam perlawanan akhir Piala FA yang juga menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola turut mengintai kejuaraan treble selepas merangkul trofi Liga Perdana Inggeris baru-baru ini.

Terdahulu United pernah memenangi Liga Perdana, Piala FA dan Liga Juara-Juara dalam satu kempen 24 tahun lalu.

Iklan

Namun di bawah Ten Hag, dia berharap menjelmakan kembali pencapaian itu selepas menjulang kejuaraan Piala Liga musim ini.

Ten Hag menambah:"Setiap perlawanan anda akan belajar dan mengambil pengajaran, namun Manchester United perlu belajar menghalang Manchester City kemudian menjadikannya permainan kami.

"Manchester United telah membuktikan keupayaan boleh menewaskan mereka, tetapi kami perlu bermain dengan gaya bola sepak kelab ini apabila berdepan kelab hebat seperti Manchester City.

"Sekiranya, kita mempunyai kepercayaan yang kuat bahawa segala-galanya bermungkinan untuk berlaku, nescaya akan semuanya akan direalisasikan Stadium Wembley.

"Kami mahu memenangi piala itu dan tahu ia akan menjadi sukar kerana anda bermain menentang pasukan terbaik di dunia pada masa ini."