Joe Biden tersungkur semasa majlis graduasi

Iklan
Biden sempat menahan dirinya menggunakan tangan, sebelum bangun dengan bantuan tiga pembantunya dan berjalan semula tanpa sebarang bantuan. - Foto Facebook Caleb Parke

PRESIDEN Joe Biden tersungkur selepas selesai menyerahkan skrol terakhir pada Majlis Konvokesyen Graduan Diploma di Akademi Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Biden, 80 tahun, bagaimanapun segera bangun dan berjalan menuju ke kerusinya. Kejadian itu dipercayai berpunca akibat dia tersadung.

Iklan
Iklan

Ketika kejadian, Biden sempat menahan dirinya menggunakan tangan, sebelum bangun dengan bantuan tiga pembantunya dan berjalan semula tanpa sebarang bantuan.

Biden turut menunjukkan sesuatu kepada pembantunya, dipercayai puncanya tersadung, sebelum kembali tersenyum ketika berbual dengan pegawainya.

Iklan

Beliau turut mengangkat ibu jari sebagai tanda beliau dalam keadaan baik.

Ia berlaku selepas beliau menyampaikan ucapan perasmian yang memberi amaran kepada graduan mengenai situasi mereka yang bakal memulakan perkhidmatan dalam keadaan dunia semakin tidak stabil, memetik cabaran dari Rusia dan China.

Iklan

Sementara itu, Pengarah Komunikasi White House, Ben Labolt menerusi ciapannya di Twitter berkata, Biden dalam keadaan baik, selain menjelaskan terdapat beg pasir di pentas ketika presiden bersalaman.

Biden adalah pemimpin tertua menduduki White House, bertanding pada pemilihan semula tahun depan dengan tinjauan menunjukkan rakyat bimbang AS ditadbir Presiden berusia 75 tahun ke atas.

Pesaingnya yang juga bekas Presiden, Donald Trump, bakal memasuki usia 77 tahun, bulan ini.

Doktor memaklumkan, Biden dalam keadaan sihat dan cergas untuk berkhidmat selepas melalui pemeriksaan fizikal, pada Februari lalu.

Pada 19 Jun tahun lepas, Biden pernah dilaporkan terjatuh ketika menunggang basikal berhampiran rumah pantainya di Delaware, namun tidak mengalami sebarang kecederaan. - Awani