Tragedi menjelang Gawai: Jasad remaja mangsa bot karam ditemui

Iklan
Jasad mangsa ditemui kira-kira jam 10 pagi Rabu, tidak jauh daripada Jambatan Mujong. - Foto JBPM Sarawak

KAPIT - Suasana duka dirasakan ketika jasad Linsa Empih Melin, 17 tahun, ditemui penduduk kampung pada jarak dua kilometer dari lokasi kejadian bot karam pada Selasa (30 Mei) lalu.

Menurut Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimansyah, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada Rabu telah membawa kepada penemuan jasad remaja malang tersebut.

Iklan
Iklan

Operasi turut disertai pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung terbabit.

Mereka menemui jasad mangsa pada kira-kira jam 10 pagi tidak jauh daripada Jambatan Mujong, lokasi insiden berlaku.

Iklan

Mendiang merupakan salah seorang daripada 14 penumpang yang tercampak keluar daripada bot yang mereka tumpangi ketika dalam perjalanan pulang bergawai ke Rumah Geramong Nanga Spioh.

Jasad mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

Operasi SAR ditamatkan pada jam 11.17 pagi. - Awani