PN mampu tawan Selangor jika ikut formula MN - Noh

Iklan
Noh semasa berucap pada Dialog PN Parlimen Sungai Besar di Markas Pas Simpang Lima di sini pada malam Khamis.

SABAK BERNAM - Perikatan Nasional (PN) mampu menang 33 kerusi sekiranya formula satu lawan satu dan mengambil semangat Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, peluang itu tidak mustahil terutama di kubu kuat pengundi Melayu

Iklan
Iklan

Menurut beliau, keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Selangor misalnya membuktikan PN mampu memenangi kerusi di kubu kuat Barisan Nasional (BN).

"Tiga Parlimen di utara Selangor iaitu Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang sebelum ini menjadi kubu kuat UMNO, tetapi kita dapat melihat atas semangat dan perpaduan pengundi Melayu, PN mampu menewaskan BN," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap padaDialog PN Parlimen Sungai Besar di Markas Pas Simpang Lima di sini, Khamis malam.

Noh berkata, peluang PN untuk merampas Selangor dan membentuk kerajaan baharu di negeri ini mampu dilaksanakan sekiranya pertembungan dua penjuru menentang Pakatan Harapan (PH) - BN.

Iklan

"Formula (MN) inilah yang saya tekankan kepada pemimpin UMNO sebelum PRU15, tetapi ia tidak berlaku sebaliknya kita bertembung tiga parti iaitu PN, BN dan PH.

"Jika kita bertanding tiga penjuru undi Melayu pecah kepada tiga parti yang hanya memenangkan calon PH," jelas beliau.

Sehubungan itu, katanya, rakyat sudah mula bangkit terutama penyokong UMNO untuk bersama-sama PN untuk memenangi PRN di negeri ini.

"Ramai jumpa saya memberitahu mereka menyesal undi BN kerana tiba-tiba UMNO berkawan dengan DAP sedangkan sebelum ini pimpinan melaungkan No DAP," jelasnya.