Kelindan lori didakwa rogol wanita warga emas

Iklan
R Vasant Raj (dua, kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kajang pada Jumaat, bagi menghadapi pertuduhan kes rogol warga emas berusia 71 tahun dua bulan lalu.

KAJANG - Seorang pemuda berumur 20 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan merogol seorang warga emas berusia 71 tahun di sebuah rumah, dua bulan lalu.

Kelindan lori, R Vasant Raj, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan dengan mengacu pisau hingga mendatangkan ketakutan kematian di sebuah rumah di kawasan perumahan di Taman Asa Jaya, di sini jam 4 petang, 15 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Iklan

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang akan ditetapkan mahkamah.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu agar kadar itu dikurangkan.

Iklan

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Mazuliana membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.

"Syarat-syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan," katanya.

Mahkamah menetapkan 7 Julai depan untuk sebutan semula kes.

Pada Jumaat, pihak polis menahan seorang pemuda selepas mangsa membuat laporan dan mendakwa dirogol di sebuah rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, hasil siasatan awal mendapati, suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.