Harimau Muda diingatkan jangan leka - Hamidin

Iklan
Hamidin (kanan) mengingatkan skuad B-17 berjuang sehabis baik.

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mahu skuad Bawah 17 Tahun (B-17) kebangsaan tidak leka dalam perjuangan mengharumkan nama negara di peringkat tertinggi.

Beliau dalam masa sama menekankan seruan ke peringkat Asia adalah cabaran yang harus dihargai setiap pemain dan perlu berjuang dengan sehabis baik demi Malaysia.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, setiap pemain diingatkan tidak boleh leka kerana lawan di peringkat Asia ini memiliki kekuatan setara.

"Namun, saya yakin pemain dilihat bersedia cuma apa yang penting ialah semangat berjuang demi negara yang tinggi perlu diterapkan. Kita tidak boleh leka,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebook rasmi FAM pada Jumaat.

Iklan

Selain itu, skuad B-17 dalam masa sama dijadualkan berdepan dalam perlawanan persahabatan membabitkan dua pasukan gergasi Asia iaitu Uzbekistan pada Selasa depan (6 Jun) dan Arab Saudi pada Jumaat (9 Jun) sebagai persiapan sebelum saingan Piala Asia bermula.

Pada saingan Piala Asia, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Yaman, Laos dan pasukan tuan rumah, Thailand.

Iklan

Jika layak ke peringkat lapan terbaik, lawan yang dijangka menanti skuad negara adalah tiga pasukan terkuat benua ini dari Kumpulan B antara Korea Selatan, Qatar atau Iran, dengan Afghanistan melengkapkan kumpulan itu.

Malaysia bakal mengharungi saingan Piala Asia dengan empat tiket automatik ke kejohanan Piala Dunia B-17 2023 di Peru pada hujung tahun ini menjadi rebutan. - Bernama