Ribut Tropika Mawar: Jumlah pemindahan penduduk Jepun meningkat

Iklan
Orang ramai kelihatan menggunakan payung susulan hujan lebat di daerah Shibuya di Tokyo. - AFP

TOKYO - Ratusan ribu penduduk di Jepun diarahkan berpindah pada Jumaat ketika Ribut Tropika Mawar membawa hujan lebat dan menyebabkan air sungai melimpah.

Perintah pemindahan bukan wajib dikeluarkan terhadap 410,000 penduduk di Toyota di wilayah tengah Aichi serta bahagian lain di barat dan tengah Jepun.

Iklan
Iklan

Menurut penyiar awam NHK, amaran pemindahan tertinggi yang menggesa penduduk segera mendapatkan perlindungan keselamatan dikeluarkan terhadap 130,000 penduduk di Toyohashi dan Aichi.

Wilayah Wakayama Barat menyaksikan beberapa sungai pecah dan rakaman NHK menunjukkan air sungai berwarna coklat mengalir di pekan Wakayama serta menenggelamkan landasan kereta api.

Iklan

Tambahnya, hujan lebat dengan ribut petir dijangka berlaku di kawasan yang luas dari barat ke timur Jepun dalam tempoh tiga hari akan datang.

Menurut Japan Railway, perkhidmatan kereta api laju Shinkansen digantung antara Tokyo dan Osaka. - AFP

Iklan