Bagaimana nak cepat kaya?

Iklan
Forbes Asia mengeluarkan senarai 50 individu terkaya di negara ini.

SEHARI dua ini topik kaya raya menjadi bualan rakyat Malaysia apabila Forbes Asia mengeluarkan senarai 50 individu terkaya di negara ini.

Malah, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Jumaat turut mengucapkan tahniah kepada 10 individu terkaya kerana menjadi #BangsaUsahawan terkemuka serta mewariskan kekayaan kepada generasi anak cucu.

Iklan
Iklan

"Membina #usahawan dengan ilmu yang cukup adalah usaha mulia. Jadilah peniaga yang berjaya untuk hidup kaya raya," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Namun timbul persoalan bagaimana seseorang usahawan nak cepat kaya terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang masih belum stabil ketika ini impak penularan Covid-19 tiga tahun lalu.

Iklan

Justeru, mungkin boleh diteliti semula kata-kata Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian yang menggalakkan usahawan untuk sentiasa menambah ilmu dan pengetahuan agar dapat terus maju ke hadapan.

Secara logiknya, apabila seseorang usahawan berilmu dan berpengetahuan pastinya minda mereka akan 'lebih terbuka' dan akan nampak cabang-cabang bisnes baharu yang boleh diteroka bagi mengembangkan lagi perniagaan masing-masing.

Iklan

Pada masa sama, kerajaan boleh membantu membangunkan usahawan agar mereka lebih berjaya kerana dalam 10 sehari individu terkaya itu, tiada seorang pun daripada mereka kaum Bumiputera.

Paling penting, kerajaan juga perlu menghapuskan amalan kronisme dalam pemberian bantuan atau peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan supaya kekayaan tidak dikumpulkan individu-individu tertentu sahaja.

Kekayaan terkumpul taikun-taikun besar di negara ini boleh menjadi inspirasi kepada usahawan-usahawan baharu untuk mengecapi kejayaan serupa seterusnya turut membantu masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda.