SHAH ALAM - Kerjasama semula antara dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak akan mampu mengembalikan sokongan pengundi seperti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Bahkan, Ketua Jabatan Pengajian Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berpandangan, Dr Mahathir tidak akan kekal dalam mana-mana gabungan politik disebabkan pemikiran yang sentiasa berubah-ubah serta tiada kekuatan tunjang dalam parti yang disertainya ketika ini.