Pelajar Darul Quran perlu hafal surah lima jam sehari

Iklan
Bacaan ikrar pelajar baharu bagi program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM sesi 2019/2022.

KUALA KUBU BHARU - Pelajar tahfiz memperuntukkan masa lima jam sehari sebagai tugasan mandatori untuk menghafaz, mengulang dan menulis al-Quran.

Pengarah Darul Quran Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Dr Nordin Ahmad berkata, pendidikan tahfiz amat berbeza berbanding pembelajaran dalam bidang pengajian lain.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi setiap semester, pelajar perlu menamatkan muqarrar iaitu sukatan hafazan sebanyak enam juzuk dengan rekod kehadiran kelas melebihi 85 peratus.

"Selepas itu baharu pelajar terbabit dibenarkan menduduki peperiksaan Hitz Al-Quran Szafaqi (lisan) dan Tahriri (tulisan) dan wajib lulus peperiksaan tersebut dengan markah sekurang-kurangnya 55 peratus.

Iklan

"Ini antara komitmen pelajar pembelajaran bidang tahfiz yang sekali ganda daripada pelajar bidang lain," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan pelajar baharu, semalam.

Nordin berkata, tiada ruang untuk pelajar leka dan bersikap lalai atau membazir masa kerana bakal berdepan risiko gagal.

Iklan

Atas faktor itu menurutnya, pemilihan kemasukan pelajar amat ketat melalui penilaian kualiti akademik dan kemampuan membaca dan menghafaz al-Quran dengan baik.

"Selain itu pelajar tersebut mempunyai sikap baik, berakhlak mulia dengan tahap kesihatan yang baik.

"Pelajar yang kerap kali cuti sakit secara tidak langsung akan mengganggu tugasan menghafaz, mengulang dan menulis al-Quran," katanya.

Beliau berkata, bagi kemasukan pelajar baharu tahun ini di seluruh negara menerima 3,887 permohonan dengan 2,263 calon disenarai pendek layak untuk sesi temu duga dan hanya 660 pelajar diterima mengikut kuota disediakan.