Netizen kecoh Syed Mokhtar cium tangan PM dua kali

Iklan
Hantaran video yang menunjukkan Tan Sri Syed Mohktar mencium tangan Perdana Menteri.

SHAH ALAM - Tindakan Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang dilihat mencium tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak dua kali dalam satu majlis menimbulkan kekecohan dalam kalangan netizen di media sosial.

Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik @Wadahdaily, taikun terkenal itu begitu mesra menyantuni Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Iklan
Iklan

Video berdurasi 50 minit itu turut menerima 8,692 tanda suka dengan 1,082 komen daripada pengguna TikTok.

Bagi Ramosha, pertemuan tersebut menunjukkan keakraban antara Perdana Menteri dan jutawan tersohor tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, Kriszh turut memuji kemesraan yang ditonjolkan oleh jutawan berkenaan yang tidak kekok menyantuni pemimpin.

"Pertama kali nampak Tan Sri Syed Mokhtar nampak mesra dan gembira dengan pemimpin kerajaan dalam kalangan umum,” katanya.

Iklan

Pada Jumaat, Syed Mokhtar dalam satu majlis mendedahkan, beliau menggelarkan Anwar sebagai 'abang' kerana keakraban hubungan mereka.

Tokoh perniagaan yang merupakan antara individu terkaya di Malaysia itu berkata, Anwar menjadi abang buatnya sejak bertahun-tahun lalu dan membantu menyelesaikan pelbagai isu untuk menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik untuk didiami.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Mokhtar panggil Anwar 'abang', dedah hubungan akrab