KOTA BHARU - Reman seorang penolong akauntan sebuah agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Gua Musang bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta, disambung tujuh hari lagi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kebenaran lanjutan reman terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu.