Makanan ternakan tidak termasuk skop pensijilan halal Jakim

Iklan
Kenyataan tular mengenai status halal makanan ternakan.

SHAH ALAM - Pensijilan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya memfokuskan kepada makanan manusia bukannya mencakupi skop makanan ternakan.

Penjelasan itu dibuat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) susulan tular isu berkaitan status halal makanan ternakan untuk ayam yang ditulis oleh individu dikenali Dr Saari.

Iklan
Iklan

Menurut DVS, perkara yang dibangkitkan itu juga merupakan isu tahun 2007 dan telah dijawab oleh Jakim pada Jun 2016 lalu.

"Ia bagi memastikan bahawa makanan itu memenuhi keperluan nutrien bagi haiwan, tidak memudaratkan dan tidak tercemar supaya selamat untuk dimakan oleh manusia dan kegunaan lain serta bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Justeru, DVS berharap dengan penjelasan yang diberikan dapat menghentikan sebaran yang tidak benar tersebut.

"Menurut semakan dengan Majlis Veterinar Malaysia (MVC), Dr Saari ini tidak mempunyai perakuan amalan tahunan semasa," katanya.

Iklan