Kertas siasatan kes Tun M dirujuk ke Pejabat Peguam Negara

Iklan
Dr Mahathir - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara pada Selasa depan.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan itu yang bersabit kes penghinaan terhadap institusi diraja membabitkan Dr Mahathir.

Iklan
Iklan

"Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 6 Jun (Selasa) selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan.

"Sementara itu, siasatan berhubung isu Proklamasi Orang Melayu masih di peringkat siasatan bagi rakaman percakapan Tan Sri Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) serta Dr P Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Pada Jumaat, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman telah merakam percakapan Dr Mahathir pada jam 10.30 pagi di Yayasan AlBukhary, Kuala Lumpur.

Pada 3 Mei, beberapa pemimpin Pas telah menandatangani 'Proklamasi Melayu' mengandungi 12 perkara yang menyentuh isu-isu orang Melayu yang menimbulkan ketidaktentuan mengenai masa depan mereka.

Iklan

Pengisytiharan itu didakwa bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat Melayu, selain menimbulkan ancaman untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan.