Tergamak 'buang' ibu sendiri dalam semak

Iklan
Wanita warga emas itu diselamatkan cucunya dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan. - Agensi

BANGKOK - Seorang wanita warga emas ditinggalkan di kawasan semak di tepi jalan oleh anak perempuannya sendiri dalam kejadian yang mencetuskan kemarahan orang ramai di wilayah Ranong, selatan Thailand.

Lebih menyayat hati, wanita berusia 97 tahun itu merangkak keluar dari kawasan semak dalam keadaan basah kuyup ekoran hujan lebat.

Iklan
Iklan

Mangsa ditemui oleh cucunya sendiri yang kebetulan melalui kawasan berkenaan.

Lapor laman berita Thaiger, perbuatan tidak bertanggungjawab anak perempuan warga emas tersebut turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Iklan

Tambah laporan itu, cucu-cucu mangsa meluahkan rasa marah terhadap ibu saudara mereka yang tergamak melakukan perbuatan tersebut.

"Nenek tinggal selama lebih setahun bersama kami sebelum ibu saudara membawanya ke Phang Nga.

Iklan

"Jika kami tahu perkara seumpama ini berlaku, sudah tentu kami tidak membenarkannya dari awal," kata salah seorang cucu yang enggan dikenali.

Difahamkan, wanita warga emas tersebut mempunyai enam orang anak yang tinggal di wilayah berasingan di selatan Thailand.

Dia dibawa ke Phang Nga oleh anak bongsu selepas abang sulung yang menjaga warga emas tersebut meninggal dunia. - Agensi