Harimau Selatan baham Harimau Kumbang di Bandaraya

Iklan
Corbin Ong (dua dari kiri) diraikan pemain-pemain JDT setelah menjaringkan gol pertama semasa menentang Penang FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya pada Sabtu.

JUARA sembilan kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melebarkan rentak kemenangan musim ini kepada 13 perlawanan selepas mengatasi Penang FC, 2-0 di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada Sabtu.

Kemenangan itu menyaksikan penyandang juara kendalian Esteban Solari semakin menjarakkan diri dengan pencabar terdekat Selangor FC pimpinan Tan Cheng Hoe yang dikejutkan kekalahan 0-1 kepada PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.

Iklan
Iklan

Harimau Selatan kini memimpin liga dengan 39 mata, manakala The Red Giants pula kekal 28 mata, sambil diekori rapat Sri Pahang (25 mata) yang hanya akan beraksi menentang Kuala Lumpur City FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Ahad.

Skuad Solari yang sebelum itu hadir ke laman keramat Haria Penang Haria tersebut dengan semangat kemenangan 5-0 ke atas anak buah Manzoor Azwira di suku akhir Piala FA pada 28 Mei lalu ternyata menguasai rentak permainan.

Iklan

Namun jaringan La’Vere Corbin-Ong minit ke-18 memisahkan kedua-dua pasukan menyaksikan JDT mendahului 1-0 pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Harimau Kumbang memperkemaskan permainan berusaha kembali semula dalam perlawanan.

Iklan

Namun Harimau Selatan lebih dominan menggandakan kedudukan menerusi jaringan Fernando Forestieri pada minit ke-85 yang juga gol ke-14 peribadinya musim ini.