Siti Nurhaliza izin peniaga guna gambar, namanya tapi bersyarat

Iklan
Siti Nurhaliza

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak kisah jika seseorang peniaga mahu menggunakan gambar atau namanya sebagai salah satu cara pemasaran bagi penjualan produk masing-masing.

Begitupun Siti hanya membenarkan gambar dan namanya digunakan jika beliau pernah menggunakan produk yang dipasarkan itu.

Iklan
Iklan

"Kalau dia cari rezeki yang halal, tidak salah guna gambar saya. Maknanya memang saya beli dekat dia, jadi dia nak claim saya pernah beli, memang betul saya beli... saya izinkan.

"Lebih-lebih lagi apabila mereka menyunting wajah saya dan superimpose dengan produk lain.

Iklan

"Saya berharap pengguna di luar sana juga pun perlu bijak untuk memilih,” katanya.

Siti mengulas mengenai penggunaan nama dan wajahnya dalam kalangan peniaga sejak kebelakangan ini.

Iklan

Begitupun, Siti tetap mempunyai cara tersendiri dalam membantu peniaga-peniaga, terutama yang berjualan makanan.

"Tapi macam makanan ke saya memang promote. Mana saya beli dan makan memang saya tunjuk.

"Peminat pun tahu apa produk yang saya makan dan saya bantu bisnes mereka. Tapi kalau produk-produk yang lain tu kena hati-hati lah,” katanya. - Awani