Perogol diberkas sebelum sempat naik kapal terbang

Iklan
Suspek yang berasal dari negara Asia Selatan akhirnya berjaya diberkas di pintu pelepasan KLIA pada Jumaat. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Cubaan seorang lelaki meloloskan diri ke negara asal selepas merogol seorang wanita tempatan di ibu negara memakan diri apabila diberkas polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Jumaat.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata, kejadian rogol itu berlaku pada 31 Mei di kediaman mangsa di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek berusia lingkungan 20-an telah datang ke rumah mangsa bagi melakukan kerja penyelenggaraan sebelum bertindak merogolnya dan terus melarikan diri.

"Hasil daripada maklumat tersebut, pasukan operasi JSJ telah berjaya mengesan suspek yang dalam perancangan melarikan diri untuk balik ke negara asal dengan menaiki kapal terbang," katanya di Facebook rasmi JSJ pada Ahad.

Iklan

Tambah kenyataan itu, suspek yang berasal dari negara Asia Selatan akhirnya berjaya diberkas di pintu pelepasan KLIA pada Jumaat.

Ujarnya, suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut.

Iklan

Sementara itu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terbabit.

"Suspek direman tujuh hari sehingga 9 Jun untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.