S P Setia lancar pelan hala tuju ESG pada Hari Kelestarian sulung

Iklan
S P Setia melancarkan pelan hala tuju Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dengan Hari Kelestarian pertamanya di Pusat Konvensyen Setia City pada 31 Mei.

PEMAJU hartanah, S P Setia Berhad (S P Setia) melancarkan pelan hala tuju Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dengan Hari Kelestarian pertamanya di Pusat Konvensyen Setia City pada 31 Mei.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif S P Setia Berhad, Datuk Choong Kai Wai berkata, pelan hala tuju ESG itu merangkumi tujuan dan visi baharu syarikat tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pihaknya bukan sahaja ke arah membantu pemuliharaan eko tetapi juga piawaian ESG.

"Melalui pelan hala tuju ESG yang baharu, saya juga berbesar hati untuk mengumumkan tujuan baharu kami untuk 'mencipta komuniti lestari' manakala visi baharu adalah 'menjadi pemimpin dalam mewujudkan komuniti lestari dan memperkaya gaya hidup'.

Iklan

"Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, isu perubahan iklim dan pemanasan global lebih bersifat akademik daripada mengancam nyawa. Benar, panas dan hujan batu bukanlah perkara baharu di negara kita kerana merupakan sebahagian daripada fenomena semula jadi.

"Namun ia bukan perkara biasa apabila suhu memecahkan rekod dan ribut merobek bumbung," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Kai Wai berkata, peningkatan intensiti cuaca membuatkan rakyat Malaysia ingin tahu semua perkara mengenai kelestarian alam sekitar.

"Selain itu, berpandukan rangka kerja kemampanan baharu yang ditubuhkan pada 2022, S P Setia berhasrat untuk mencapai sifar bersih menjelang 2050 dan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40 peratus pada 2030 serta 70 peratus pada 2040.

"Kita perlu menyokong 'Mother Earth' dan sokongan ini bermula dengan rakyat. Tidak ada Planet B," jelasnya.

Menurut beliau, untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan dan kesegeraan menerajui gaya hidup yang lebih mampan ke dalam operasi perniagaan, S P Setia menganjurkan perbincangan panel mengenai kesan perubahan iklim terhadap landskap perniagaan.

"Pada hari itu juga, Kami telah mengadakan pembentangan rangka kerja dan pelan hala tuju ESG yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Strategi SP Setia,Lindayani Tajudin," ujarnya.