Usaha tarik minat kanak-kanak membaca perlu lebih kreatif - Nancy

Iklan
Nancy menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Buku Puisi Ganjil Satu ketika di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) pada Ahad. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Usaha untuk menarik minat membaca dalam kalangan anak-anak harus dilakukan dengan cara lebih kreatif, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, ini perlu bagi menggalakkan kanak-kanak memilih bahan bacaan sebagai sumber maklumat utama berbanding media sosial supaya mereka belajar untuk berfikir.

Iklan
Iklan

"Pandangan saya secara peribadi adalah kita perlu lebih kreatif untuk mencari jalan bagaimana menarik minat anak-anak untuk membaca dan apa yang diminati mereka dalam bahan bacaan.

"Adakalanya terdapat juga buku-buku kartun yang membawa kepada pemikiran kreatif dan kritikal yang memerlukan pembacanya sama ada kanak-kanak atau siapa sahaja untuk berfikir,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Buku Puisi Kumpulan Puisi: Puisi Ganjil: SaTU! karya Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2023.

Terdahulu Nancy dalam ucapannya berkata, penerbitan buku dalam industri buku tempatan masih tidak mencapai sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bagi negara maju iaitu satu peratus berbanding jumlah penduduk.

Iklan

"Ini bermakna negara seharusnya menerbitkan 30,000 judul buku memandangkan penduduk Malaysia telah mencecah lebih 30 juta orang.

"Namun pada 2020 sebanyak 15,080 judul buku diterbitkan manakala pada 2021 sebanyak 13,655 judul buku diterbitkan... ini menunjukkan jumlah buku yang diterbitkan masih jauh dari sasaran sebenar bagi sebuah negara maju,” katanya.

Justeru Nancy berkata, peranan menulis buku sewajarnya tidak hanya terhad kepada ahli akademik atau penulis karyawan semata-mata sebaliknya orang ramai termasuk tokoh korporat juga boleh terlibat dalam penghasilan buku dan karya sastera.

"Hal ini tidak mustahil kerana apa yang telah dilakukan Tan Sri Hamad Kama Piah yang merupakan seorang tokoh korporat namun dalam kesibukan tugas hariannya, beliau berjaya menulis buku atau karya berkualiti untuk tatapan umum.

"Bidang sastera seharusnya terus menjadi relevan dalam membentuk ketamadunan bangsa bagi aspek pembinaan minda yang akhirnya akan menghasilkan peradaban manusia,” katanya. - Bernama