Kes remaja dakwa diculik diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya

Iklan
Mohamad Farouk

AMPANG - Kertas siasatan berkaitan kes seorang remaja perempuan yang ditahan kerana mereka cerita konon diculik dan meminta wang tebusan RM100,000 daripada ahli keluarganya, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Selasa atau Rabu ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya akan menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya selepas kertas siasatan itu diserahkan.

Iklan
Iklan

Pada Sabtu media melaporkan, remaja perempuan itu mendakwa sering dikongkong ahli keluarga dan tidak mendapat kebebasan dipercayai menjadi punca dia mereka cerita konon diculik dan meminta wang tebusan.

Mohamad Farouk dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku pada Khamis kira-kira jam 3.30 petang selepas ibu kepada remaja itu menerima pesanan WhatsApp daripada remaja terbabit.

Iklan

Menurutnya, susulan itu satu laporan dibuat oleh bapa remaja terbabit.

Pada hari yang sama kira-kira jam 10 malam, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah membuat serbuan di rumah teman lelaki remaja itu di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Iklan

Polis telah menahan remaja perempuan itu dan merampas telefon bimbit untuk siasatan lanjut.

Katanya, remaja itu memberitahu kejadian sebenar tidak berlaku dan hanya direka sendiri, kes disiasat di bawah Seksyen 384/182 Kanun Keseksaan.