PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyedari barisan anak buahnya perlu mencatat kemenangan ke atas Vietnam pada aksi final kedua seandainya mahu menjulang Piala AFF Suzuki 2018, yang akan berlangsung esok di Stadium My Dinh, di sini.
Atau setidaknya, pasukan kebangsaan perlu mengikat pasukan Naga Emas itu 2-2 bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Pada aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa lepas, Vietnam berjaya mendapatkan dua gol di tempat lawan di mana perlawanan berkenaan berakhir dengan keputusan 2-2.
Ia jelas menunjukkan tugas berat menanti anak buah Cheng Hoe yang turut perlu mencari sekurang-kurangnya dua jaringan di Hanoi serta bolos tidak melebihi dua jaringan sekiranya gagal mencapai kemenangan dalam 90 minit masa permainan pada perlawanan malam esok.
Pada sidang media pra-perlawanan hari ini, Cheng Hoe yang berbaju kelabu kelihatan tenang dan tidak panik dalam menjawab satu per satu soalan daripada media Vietnam dan Malaysia serta menyuarakan keyakinan bahawa pemainnya dalam keadaan bersedia jika diturunkan kecuali pertahanan kiri Nazirul Naim Che Hashim yang mengalami kecederaan pangkal peha
"Saya yakin dengan semua pemain, mereka sangat bermotivasi untuk menghadapi perlawanan malam esok.
"Bermain di hadapan penyokong lawan adalah perkara yang sangat berbeza. Namun, kami mempunyai pengalaman bermain di luar negara serta mempunyai keputusan yang baik,” katanya pada sidang media berkenaan.
Pengendali berusia 50 itu turut menggesa barisan pemainnya agar tidak mengulangi kesilapan yang melepaskan gol awal kepada Vietnam seperti yang terjadi dalam dua perlawanan sebelum ini di peringkat kumpulan dan dalam aksi final pertama.
"Kami perlu lebih berhati-hati setiap gerakan serangan yang dimulakan oleh Vietnam.
"Apa yang penting, semua pemain harus"enjoy” dan menikmati suasana perlawanan akhir itu dan bermain dengan tanpa tekanan,” katanya.
Malaysia berpeluang merangkul kejuaraan kali kedua Piala AFF Suzuki sekiranya berjaya menundukkan Vietnam, malam esok.
Datuk K. Rajagobal menjadi jurulatih tunggal negara yang berjaya menjulang piala berkenaan pada 2010 selepas menewaskan Indonesia dalam aksi final. - Bernama