PAU 2023: MB Selangor hadir jika ada jemputan

Iklan
Amirudin (empat dari kiri) ditemui selepas merasmikan Karnival Jom Heboh di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam, Seksyen 13 pada malam Ahad.

SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Rabu sekiranya menerima jemputan

"Kalau ada jemputan kita datanglah, tengok masa juga mengikut kesesuaian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam, Seksyen 13 dekat sini pada malam Ahad.

Iklan
Iklan

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor bagaimanapun tidak mahu mengulas dan mencampuri urusan membabitkan Pemuda UMNO dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

"Urusan pemuda-pemuda ini kita sudah memasuki 40 lebih ini tidak hendak masuk campur, biarlah (serah kepada keputusan mereka)," katanya mengulas mengenai keputusan Pemuda UMNO tidak menjemput wakil AMK.

Iklan

Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh menegaskan keputusan tidak menjemput wakil mana-mana parti gabungan Kerajaan Perpaduan adalah keputusan diambil bersama oleh semua barisan exco dan Ketua Pemuda UMNO negeri.

PAU 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) bermula 7 hingga 10 Jun ini bakal mencipta sejarahnya tersendiri apabila ia akan turut dihadiri pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Iklan