Wak Doyok sentuhan emas, stail unik

Iklan
Sentuhan idea baju Melayu Wak Doyok buat peminat sempena lebaran tahun ini

NAMA Wak Doyok rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri seni mahupun fesyen.

Penampilan persis jejaka maskulin zaman Inggeris era 1960-an yang bermisai lentik, berjanggut tebal, berkaca mata dan padanan busana yang terletak pada badannya membuatkan empunya badan pantas meraih populariti.

Sentuhan idea baju Melayu Wak Doyok buat peminat sempena lebaran tahun ini

Iklan
Iklan

Bayangkan, pada satu ketika ‘jelmaan’ Wak Doyok ada di mana-mana. Dalam erti kata mudah, penampilannya yang unik menjadi ikutan dan viral! Semua lelaki mahu jadi sepertinya.

Apa perasaan Wak Doyok ketika dirinya menjadi tular?

Iklan

"Saya tidak kisah,” katanya sambil tertawa kecil.

Mantan pengacara siri travelog Ke Korea Ke Kita berkata, beliau suka berkongsi ilmu fesyen yang diperolehnya menerusi YouTube dan bahan bacaan.

Iklan

Menurutnya, apa yang digayakannya adalah inisiatif beliau untuk menghargai diri sendiri.

"Saya seorang yang menitikberatkan keselesaan dan stail yang dibawa apabila mengenakan sesuatu pakaian.

Koleksi baju raya untuk peminat Wak Doyok

"Bukan itu sahaja, saya juga akan pastikan setiap baju yang saya pakai mengikut ukuran badan.

"Saya tahu kebanyakan lelaki sambil lewa membeli pakaian dan mereka tidak tahu ukuran yang sesuai. Tidak dinafikan, ada di antara mereka, ibu atau isteri yang belikan dan biasa mereka tak berapa pasti ukuran sebenar. Sedangkan ukuran itu amat penting bagi menentukan keselesaan, gaya, pesona dan stail,” ujar ikon fesyen itu kepada Oh! Lelaki semalam.

Bertitik tolak daripada itu, Wak Doyok berkata, beliau berkongsi ilmu tentang etika berpakaian untuk lelaki melalui Youtube yang bertajuk The Garment Movement.

Buah tangan lebaran

Tidak lengkap rasanya jika tidak bertanya apa ‘buah tangan’ beliau sempena Hari Raya Aidilfitri kelak.

Pada tahun lalu, rekaan baju Melayunya diintai ramai para jejaka hingga laku keras.

Apa strategi pada kali ini? Ujarnya, seperti pada tahun 2018, buat kali kedua beliau membuat usaha sama dengan Starvillion Sdn Bhd untuk mereka cipta baju mengikut cita rasanya.

"Benar, saya sendiri tidak menjangkakan koleksi baju raya tahun lepas mendapat sambutan begitu hangat terutama dalam kalangan mereka yang berumur 15 tahun hingga 30 tahun.

"Mungkin kerana baju Melayu yang saya hasilkan jenis slim fit yang digemari berbanding yang berumur 40 tahun ke atas,” katanya.

Namun, dalam koleksi kali ini, Wak Doyok mengetengahkan jenis slim fit dengan saiz yang lebih besar iaitu daripada XS ke XL.

Jelas figura itu lagi, pada rekaan baju Melayunya kali ini, beliau masih lagi mengekalkan kolar baju Melayu tradisional berukuran satu setengah inci.

"Memang selesa dipakai kerana saya memilih kain jenis linen dan baju itu dihasilkan tidak terlalu slim fit.

Ikon fesyen ini tampil dengan salah satu rekaan Wak Doyok sempena lebaran bersama Starvilion

"Saya tidak menggunakan pesak baju tetapi menggantikan dengan zip. Nampak lagi kemas dan senang untuk dipakai dan dibuka,” katanya.

Secara keseluruhannya, terdapat 23 jenis warna baju Melayu sentuhan Wak Doyok yang boleh dipilih pengguna.

Antaranya seperti warna biru laut dan peach. Ia juga dijual pada harga antara RM170 hingga RM220.

Beliau meminta orang ramai membeli secara pakej kombo yang mempunyai baju Melayu, wangian, sampin dan songkok. Harga pakej kombo lebih menjimatkan dan lebih berbaloi.

"Saya harap para peminat dapat membuat pembelian awal. Tahun lalu, kita tak dapat keluarkan lagi stok tambahan selepas 50,000 pasang baju Melayu Wak Doyok habis terjual,” katanya.

Pembelian boleh dilakukan di Isetan, KLCC; Butik Starvilion Seksyen 7, Shah Alam, Selangor; Bangi Sentral, Selangor dan Butik Starvilion Kota Bharu, Kelantan.

Penampilan hebat Wak Doyok

ANEKDOT

NAMA: Mohd Azwan Md Nor/ Wak Doyok

UMUR:40

ASAL: Klang, Selangor

BANGSA: Melayu (berketurunan Melayu-Jawa)

HOBI: Permotoran

JENAMA LAIN: Krim Jambang Wak Doyok, minyak rambut Pomade, Kopi Wak Doyok dan syampu rambut

KERJAYA: Perunding fesyen artis, ahli perniagaan, pengacara dan pelakon (bakal membintangi filem Abang Long Fadil III)

Tip berfesyen macho style daripada Wak Doyok:

1. Jangan mengeluh apa yang kita hendak pakai.

2. Hindarkan apa yang orang ingin cakap.

3. Berpakaian jangan melebihi apa yang kita hendak pakai dan harus mengikuti stail dan kemudian jenama.

4. Kita pakai dan sendiri berasa puas.

5. Jika kita sudah menyukai satu jenama, usah berubah.

6. Seorang lelaki harus yakin apa yang ingin dipakai.