Lloris mahu tinggalkan Spurs

Iklan
Lloris

PENJAGA gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris mahu meninggalkan kelab itu pada musim panas ini untuk cuba mencari cabaran baharu bersama pasukan lain.

Dia telah bersama Spurs sejak 2012 dan mempunyai baki kontrak setahun, namun Lloris mengumumkan bahawa dia tidak mahu kekal di kelab itu.

Iklan
Iklan

"Sudah tentu akan tiba pada saat yang penting sama ada untuk kelab atau untuk saya. Ia adalah penghujung era. Saya mempunyai keinginan untuk mencari cabaran bersama pasukan

"Apa yang penting pada masa ini adalah untuk pulih dengan baik daripada kecederaan saya. Saya sedang bercuti tetapi saya terus melakukan latihan saya," katanya.

Iklan

Lloris terlepas beberapa perlawanan di penghujung musim akibat kecederaan dengan penampilan terakhirnya adalah ketika Spurs tewas 6-1 kepada Newcastle.

Selepas memulakan kerjayanya di Nice, Lloris menyertai Lyon pada 2008 dan kemudian berpindah ke Spurs empat tahun kemudian.

Iklan

Dia telah membuat 447 penampilan untuk Spurs dan merekodkan 151 perlawanan tanpa bolos.