Dua premis hiburan di Pulau Ketam disita

Iklan
MPK menyita dua premis hiburan di Pulau Ketam yang beroperasi tanpa lesen.

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita dua premis hiburan di Pulau Ketam yang beroperasi tanpa lesen dalam satu operasi dijalankan di Pulau Ketam di sini.

Dalam satu kenyataan, MPK berkata, tindakan sitaan itu diambil pada Sabtu dan di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1995 (Pindaan 1998 dan 2001).

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan di dua premis yang menjalankan aktiviti pusat hiburan lounge (karaoke) dan mendapati kedua premis berkenaan tidak mempunyai lesen.

"Premis dikendalikan warga tempatan dan tindakan sitaan (dua sitaan) ini di bawah Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1995 (Pindaan 1998 dan 2001).

Operasi turut disertai anggota Polis Marin Pelabuhan Klang dan Balai Polis Pulau Ketam.

Iklan

Operasi diketuai Setiausaha MPK, Elya Marini Darmin bersama Jabatan Penguatkuasa, Jabatan Pelesenan, Jabatan Kesihatan, anggota Polis Marin Pelabuhan Klang dan Balai Polis Pulau Ketam.

Selain itu, kenyataan turut memaklumkan MPK juga membuat pemantauan terhadap lokasi pembuangan sampah di Pulau Ketam dalam operasi bersepadu yang dijalankan.

Iklan