SARI PUL - Sekurang-kurangnya 77 pelajar sekolah rendah perempuan di daerah Sancharak, wilayah utara Sari Pul di Afghanistan menjadi mangsa keracunan pada Ahad, kata pengarah wilayah bagi Maklumat dan Kebudayaan, Mufti Amir Saripuli.
"Sekitar 77 pelajar, tujuh guru, lima ibu bapa, dan seorang pekerja di Sekolah Perempuan Faizabad di kawasan Kabod Ab, Sancharak keracunan, tetapi keadaan mereka dilaporkan stabil," kata Saripulit kepada Xinhua tanpa mendedahkan butiran lanjut.