SHAH ALAM - Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada komposer terkenal, Datuk Seri Dr Ahmad Khan Nawab Khan (Ahmad Nawab) atas penerimaan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
Melalui hantaran di laman Facebook, Fahmi berkata, gelaran Tan Sri yang dikurniakan kepada Ahmad Nawab sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah adalah suatu penghormatan.