SHAH ALAM - Kesemua 70 orang daripada 16 keluarga yang dipindahkan akibat banjir di Bukit Raja, Klang dekat sini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas paras air di kawasan itu terus mencatatkan penurunan.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Selangor bagaimanapun memaklumkan masih terdapat beberapa kawasan yang belum surut sepenuhnya.