YBR, UniMAP lancar Hub Komuniti
Iklan
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin (kiri) berkenan hadir ke majlis perasmian Hub Komuniti di UniMAP pada Isnin.
SHAH ALAM - Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kerjasama Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada Isnin, melancarkan Hub Komuniti yang memberi fokus kepada golongan autisme.
Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, program ini memberi tumpuan kepada anak autisme di kalangan keluarga B40 di sekitar Perlis dengan menyediakan sokongan kemudahan dan terapi sebagai stimulasi kepada mereka.
Iklan
Iklan
Ujarnya, seramai 10 anak-anak autisme turut menerima surat tawaran perkhidmatan terapi bernilai RM3,500 dan menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM35,000.
"YBR amat menyokong inisiatif pendidikan kepada semua lapisan masyarakat dan golongan autisme ini antara golongan yang mendapat perhatian kami dalam mengembangkan potensi serta sebagai platform dalam menggilap keupayaan mereka di masa hadapan.
Iklan
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin (empat dari kiri) berkenan bergambar bersama tetamu kenamaan di majlis perasmian Hub Komuniti di UniMAP pada Isnin.
"Golongan autisme ini juga mampu bersaing dan bersifat kompetitif sama seperti mereka yang normal jika diberikan pendedahan dan arah yang betul serta memberi kembali khidmat kepada masyarakat.
"Jadi, YBR berharap dengan penganjuran inisiatif seperti ini dapat membantu masyarakat istimewa serta merupakan anjakan paradigma kepada usaha untuk mempelbagaikan bantuan dan aktiviti kepada yang memerlukan," katanya.
Iklan
Dalam pada itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor UniMAP turut mencemar dulu ke majlis yang berlangsung di Kampus Utama UniMAP di Perlis.
Turut hadir dalam sesi ini adalah Naib Canselor UniMAP, Profesor Dr Zaliman Sauli; Consul-General of Japan in Penang, Kawaguchi Yoshiyasu; Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam