Pas sedia kerjasama dengan Tun M

Iklan
Takiyuddin (kiri) dan Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Pas tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan, kesediaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkembangan itu mewakili PN secara keseluruhannya.

Iklan
Iklan

"Kita (Pas) sebahagian daripada PN... bila pengerusi PN kata (sedia kerjasama), kita (Pas) siap kerjasama dengan sesiapa sahaja yang mempunyai matlamat sama untuk kestabilan negara, kestabilan ekonomi... tak ada masalah.

"Termasuk Tun (Dr Mahathir)...dia adalah negarawan," katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Ahli Parlimen PN di sini pada Isnin.

Iklan

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris sebelum itu menyifatkan keterbukaan Dr Mahathir dan Muhyiddin untuk bekerjasama semula disifatkan sebagai langkah baik yang mampu memberi kekuatan kepada PN bagi menghadapi PRN.

Namun perkembangan mengenai hasrat terbuka itu belum dimaklumkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti.

Iklan

Mengulas lanjut, Takiyuddin bagaimanapun berkata, kerjasama dengan Dr Mahathir tidak dilihat semata-mata untuk menghadapi PRN.

"Jika dilihat semula, Pas sentiasa mempunyai hubungan yang baik dengan Tun.

"Semasa beliau jadi Perdana Menteri bersama PH (Pakatan Harapan) dulu pun... malahan Pas pernah buat kenyataan untuk menyokong usul undi percaya terhadap Tun," katanya.