Lelaki nyaris terjatuh dari tingkat 35

Iklan
Lelaki berusia 30-an ini dipercayai dalam pengaruh alkohol. Gambar kanan: Bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada terjatuh dari tingkat 35 sebuah apartmen di Setapak, di sini dalam kejadian malam tadi.

KUALA LUMPUR - Bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada terjatuh dari tingkat 35 sebuah apartmen di Setapak, di sini dalam kejadian malam tadi.

Komander Operasi, Muhammad Jamil Baharuddin berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 7.42 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak dengan kekuatan 19 anggota tiba di lokasi pada jam 7.56 malam.

"Lelaki berusia 30-an itu dipercayai di bawah pengaruh alkohol.

Iklan
Iklan

"Lelaki berkenaan berjaya diselamatkan pada jam 10.17 malam dan diserahkan kepada pihak polis di lokasi,” katanya.