Pelakon veteran Bollywood Sulochana Latkar meninggal dunia

Iklan
Sulochana Latkar, meninggal dunia pada Ahad.

PELAKON veteran dan ternama Bollywood, Sulochana Latkar, meninggal dunia pada Ahad.

Mendiang berusia 94 tahun.

Iklan
Iklan

Pemergian Latkar di sebuah hospital di Mumbai, India disahkan oleh anak tunggalnya, Kanchan Ghanekar kepada portal berita Indian Express.

"Beliau menghadapi masalah kesihatan berkaitan usia dan kesukaran bernafas dan meninggal dunia pada pukul 6 petang (Ahad).

Iklan

"Upacara penghormatan terakhir buat beliau akan diadakan di kediamannya dan pengebumian akan diadakan pada hari Isnin pukul 5.30 petang,” kata Ghanekar.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia perfileman Bollywood, mendiang Latkar telah membintangi lebih daripada 250 buah filem.

Iklan

Latkar juga sangat sinonim dengan karakter sebagai seorang ibu kepada beberapa bintang Bollywood tersohor seperti Amitabh Bachchan, Rajesh Khanna, Dilip Kumar, Dev Anand, dan ramai lagi.

Kedukaaan berikutan kehilangan veteran filem Bollywood itu turut dirasai Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Menurut pemimpin itu, pemergian Latkar meninggalkan kekosongan yang besar dalam dunia perfileman negara itu.

Sementara itu, pelakon Bollywood, Madhuri Dixit pula berkata, mendiang Latkar merupakan antara pelakon yang paling disayangi dan sangat hebat di layar perak.

"Filem lakonan beliau yang menjadi kegemaran saya ialah Sangate Aika. Persembahannya dalam setiap filem sentiasa mengesankan.

"Saya akan merindui perbualan kami, semoga kamu berehat dalam damai. Sumbangan besar kamu kepada sinema India akan sentiasa dikenang," tulis Dixit di Twitter. - Agensi