Ringgit rendah berbanding dolar AS

Iklan
Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5950/6000 berbanding dolar AS berbanding penutupan Jumaat pada 4.5745/5785. - Gambar hiasan

RINGGIT memulakan urus niaga pagi ini rendah berbanding dolar AS kerana pelabur masih mengambil sikap berhati-hati terhadap unjuran global walaupun dolar AS lemah sedikit, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.5950/6000 berbanding dolar AS berbanding penutupan Jumaat pada 4.5745/5785.

Iklan
Iklan

Pasaran ditutup semalam (Isnin) sempena cuti hari keputeraan rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, dolar AS lemah sedikit berikutan data indeks pengurus pembelian (PMI) ISM Services yang kurang menggalakkan berbanding unjuran dan mengharapkan agar kenaikan kadar faedah yang lebih rendah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

Iklan

Bagaimanapun, beliau menyatakan walaupun data PMI Caixin meningkat pada bulan Mei, yuan China masih lemah disebabkan oleh sentimen pasaran negatif di sekitar pertumbuhan China.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Iklan

Mata wang tempatan mengukuh kepada 3.2927/2965 berbanding yen Jepun daripada 3.2957/2989 pada penutupan Jumaat, meningkat berbanding euro pada 4.9240/9294 daripada 4.9254/9297 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7139/7201 daripada 5.7323/7373 minggu lepas.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.

Unit tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 13.2029/2222 daripada penutupan urus niaga Jumaat 13.2402/2591 dan agak tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.17/8.19 daripada 8.18/8.19.

Namun begitu, ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4055/4094 daripada 3.4026/4059 minggu lepas dan lemah berbanding rupian Indonesia pada 308.5/309.0 daripada 305.0/305.5 sebelumnya. - Bernama