Mekanik didenda RM3,000 perdaya beli telefon bimbit

Iklan
Gopinath (tengah) diiringi polis sebaik tiba di mahkamah pada Selasa.

SEREMBAN - Seorang mekanik didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memperdaya dalam urusan pembelian telefon bimbit membabitkan nilai RM7,500 di Terminal One, di sini bulan lalu.

Tertuduh P Gopinath, 30, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara lima bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memperdaya promoter sebuah kedai telefon bimbit yang berusia 20 tahun dengan mendorongnya menyerahkan dua telefon bimbit jenama Samsung Galaxy Z Flip 4 yang mana mangsa tidak akan menyerahkan telefon tersebut sekiranya mengetahui pembayaran belum dijelaskan.

Iklan

Kesalahan itu dilakukan pada 27 Mei 2023 jam lebih kurang jam 8 malam di sebuah kedai telefon di Terminal One di Seremban.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dari lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Iklan

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan(YBGK), Chrysandy Lai merayu tertuduh dikenakan denda paling minimum atas alasan dia bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan RM1,000 sebulan selain perlu menanggung tiga anak yang masih kecil.

Katanya, tertuduh juga telah insaf atas kesalahan dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi.