Cabaran besar menanti Postecoglou di Spurs

Iklan
Postecoglou - Foto Agensi

ANGE Postecoglou enggan melayan sebarang kritikan ketika dia disebut-sebut dilantik sebagai pengendali Tottenham Hotspur sebaliknya mahu fokus kepada bidang kejurulatihan bola sepak yang diceburinya lebih dua dekad lalu.

Tular di media sosial mengenai kempen yang memandang rendah pengurus berusia 57 tahun itu di sebalik kejayaan yang dicipta Postecoglou sepanjang 26 tahun bergelar jurulatih.

Iklan
Iklan

"Visi saya ialah mahu bermain bola sepak dengan semua orang memperkatakannya,” katanya.

Postecoglou dilahirkan di Greece, namun mengenali bola sepak di Australia iaitu tempat dia dibesarkan.

Iklan

Dia seorang yang sangat minat dengan bola sepak dan sentiasa memberikan idea bagaimana perlawanan sepatutnya dimainkan.

"Saya harap ia datang dengan kejayaan (membimbing mana-mana pasukan),” katanya.

Iklan

Postecoglou pada 2019 membina kejayaan bersama pasukan yang menang kejuaraan - Yokohama F Marinos.

Kelab itu beraksi Liga J - liga paling mencabar di Asia yang juga gelaran pertamanya sebelum dia membimbing Celtic pada 2021.

Pelantikannya di Parkhead bermula dengan kritikan apabila bekas penyerang Scotland, Alan Brazil membidas Postecoglou.

Kritikan itu dibalas oleh Postecoglou apabila menghadiahkan Celtic dengan Piala Liga dan gelaran Liga Perdana Scotland, menyamai rekod Arsenal ketika melantik Arsene Wenger pada 1996.

Tiga lagi trofi menyusul musim ini di Celtic dan 'treble' dilengkapkan Sabtu lalu apabila menewaskan Inverness Caledonian Thistle 3-1 pada Piala Scotland di Hampden Park.