Gadis warga Malaysia dilapor hilang di Thailand

Iklan
Angie

SHAH ALAM - Seorang gadis warga Malaysia, Angie Chona Sum Yee, 22, dilaporkan hilang di Thailand selepas gagal dijejaki ahli keluarganya sejak beberapa hari lepas.

Iklan
Iklan

Ibu mangsa, Zhu Caiyun berkata, kali terakhir Angie dikesan berada di Chiang Mai pada 29 Mei atas urusan kerja.

"Gambar itu dimuat naik Angie di Facebook peribadinya sebelum beliau hilang tanpa dikesan. Kali terakhir Angie aktif di aplikasi WhatsApp adalah pada jam 10 malam, Khamis lalu.

Iklan

"Sejak daripada itu, dia tidak membalas atau membaca sebarang mesej dihantar," ujarnya dalam Facebook pada Selasa.

Zhu Caiyun turut memaklumkan, satu laporan polis telah dibuat di Malaysia dan Thailand.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta tampil membantu pihak berkuasa menjejakinya.