Perdagangan runcit kekal positif tahun ini - MIDF Research

Iklan
Sektor perdagangan runcit Malaysia kekal positif pada 2023 walaupun sentimen pengguna yang lebih lemah ketika ini. - Gambar hiasan

SEKTOR perdagangan runcit Malaysia kekal positif pada 2023 walaupun sentimen pengguna yang lebih lemah ketika ini.

Dalam satu nota penyelidikan pada Selasa, MIDF Research berkata, ia percaya perdagangan runcit untuk barangan penting dengan harga yang kompetitif akan kekal positif pada masa akan datang.

Iklan
Iklan

Ia berkata, perdagangan runcit kukuh pada Mac 2023, berkembang 17.7 peratus tahun ke tahun kepada RM58.7 bilion, menandakan bulan ke-12 berturut-turut pengembangan dua angka.

Perdagangan runcit untuk Mac 2023 juga menunjukkan pertumbuhan 0.9 peratus bulan ke bulan berbanding penguncupan 2.4 peratus bulan ke bulan pada bulan sebelumnya.

Iklan

Namun begitu, ia menyatakan bahawa Indeks Sentimen Pengguna (CSI) Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menurun daripada 105.3 mata pada suku keempat 2022 kepada 99.2 mata pada suku pertama 2023 disebabkan oleh prospek pekerjaan dan pendapatan yang lebih lemah serta kebimbangan mengenai inflasi yang meningkat.

"Walaupun mengambil kira faktor tersebut, rancangan perbelanjaan pengguna kekal tidak berubah," katanya. - Bernama

Iklan