KUALA LUMPUR - Enam pengamal dan rakan media sukan Malaysia bakal menempuh perjalanan hampir 22,000 kilometer dari London ke Kuala Lumpur menerusi Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66 | London-Kuala Lumpur 2023 (EPWK66-2023) yang dijadual pada bulan ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ekspedisi bermotosikal yang dianjurkan bagi memeriahkan sambutan Bulan Kemerdekaan tahun ini itu mengambil masa 66 hari untuk merentasi 66 bandar.
"Ekspedisi ini diibaratkan mengimbas kembali kenangan pada 1957 apabila Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah membawa watikah pengisytiharan kemerdekaan Malaya dari kota London.
"Saya mendoakan semoga EPWK66-2023 ini berjaya mencipta kejayaan dan mengharumkan nama negara di mata dunia," katanya menerusi catatan di Facebook pada Selasa.
Ahmad Zahid berkata, EPWK66-2023 dijangka tiba di Kuala Lumpur pada pagi 31 Ogos, seterusnya menyertai perarakan Hari Kebangsaan ke-66.
Majlis pelancaran ekspedisi bermotosikal itu disempurnakan oleh Ahmad Zahid di pekarangan Parlimen, di sini pada Selasa. - Bernama