SPRM tahan OCPD disyaki terima suapan lebih RM1 juta

Iklan
Gambar hiasan.

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menahan seorang Ketua Polis Daerah (OCPD) di Pahang kerana disyaki menerima suapan dianggarkan lebih RM1 juta sejak 2017 hingga 2022.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, penahanan itu dibuat ekoran suspek dipercayai terlibat melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut di sekitar daerah kawalannya.

Iklan
Iklan

"Pegawai kanan polis berusia 53 tahun itu telah ditahan petang tadi (Selasa) kerana disyaki menerima rasuah dengan anggaran lebih RM1 juta sejak tahun 2017 hingga 2022.

"Bayaran rasuah ini disyaki bagi melindungi pusat-pusat hiburan dan pusat-pusat urut yang tidak berlesen daripada sebarang tindakan dan gangguan pihak berkuasa," kata kenyataan itu pada Selasa.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Amin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan melibatkan OCPD di negeri itu dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Begitupun, Hairuzam enggan mengulas lanjut berhubung tangkapan terbabit.

Iklan