Kad Pokemon bernilai RM50,000 dilarikan pencuri

Iklan
Pencuri memecahkan almari kaca sebelum melarikan kad-kad edisi khas Pokeman dalam kejadian di Otsu. - Agensi

TOKYO - Sebuah premis menyimpan kad edisi khas siri animasi Pokemon di barat Jepun dipecah masuk menyebabkan kerugian sekitar 1.5 juta yen (RM50,000).

Kejadian pecah masuk itu berlaku di bandar Otsu kira-kira jam 1.30 pagi (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Menurut pemilik premis yang enggan dinamakan, sebanyak 200 kad Pokemon termasuk Yu-Gi-Oh dan Duel Masters dilarikan dalam kejadian itu.

Polis wilayah Shiga berkata, kejadian seumpama itu kerap dilaporkan berikutan kad Pokemon yang jarang ditemui boleh dijual pada harga yang tinggi.

Iklan
Iklan

Tahun lalu, sekeping kad Pokemon yang jarang ditemui iaitu kad promo Holo Pikachu ‘Illustrator’ 1998 mencatatkan rekod harga baharu apabila dilelong pada harga AS$900,000 (RM4.14 juta) dalam satu acara lelongan di Amerika Syarikat (AS). - Agensi