Pentas wacana ‘panas’ dek barisan panel

Iklan
Annuar Musa (dua dari kiri) ketika program Wacana bertajuk “PRI: Siapa Patut Rakyat Pilih” yang berlangsung di Auditorium Kumpulan Karangkraf pada Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

SHAH ALAM - [KEMAS KINI] Pentas Wacana Sinar Siri 400 yang berlangsung di Kompleks Karangkraf hangat apabila panel undangan berbalas ‘serangan’ dengan pendedahan yang dibuat.

Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa dilihat melepaskan ‘geram’ apabila menyatakan UMNO tidak akan dapat mengatasi DAP selagi mereka bersama.

Iklan
Iklan

Malah katanya, UMNO gagal mempertahankan kalimah ALLAH apabila kerajaan bertindak menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes penggunaan kalimah itu.

"Mereka kecewa dengan Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi). UMNO bila duduk dengan DAP, tak mungkin boleh mengatasi DAP. Timbalan Menteri Dalam Negeri daripada UMNO tapi bila datang soal kalimah ALLAH pun, tak mampu nak pertahankan.

Iklan

"Orang di luar sana tengok. Jalan Temiang (di Negeri Sembilan) dinamakan sempena etnik asal negara ini tapi ditukarkan ke Jalan Dr Chen Man Hin. Itupun UMNO tak boleh pertahankan, ini baru enam bulan,” katanya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin yang turut menjadi panel kemudiannya secara sinis menjawab, sepatutnya hanya Annuar yang menjadi tetamu wacana kerana beliau lebih tahu banyak perkara.

Iklan

"Apa yang Tan Sri beritahu, kita semua tak tahu (kebenarannya), yang tahu hanya Tan Sri sahaja.

"Semua orang boleh cakap apa yang dia nak cakap, sebab itu Tan Sri menyatakan sebegitu rupa,” jelasnya.