Pelukis Potret Perdana Menteri

Iklan

Pelukis potret rasmi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Latif Maulana, 49, bersama hasil lukisannya yang digantung di pekarangan lobi utama Parlimen Malaysia hari ini.

Potret yang dilukisnya itu merupakan potret terbaru Perdana Menteri yang digantung di Parlimen selepas Perdana Menteri ke sembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau mengambil masa hampir dua bulan untuk menyiapkan potret tersebut di rumahnya di Kampung Lebu, Bentong Pahang.

Beliau sebelum ini telah melukis potret empat Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesemuanya digantung di dalam bangunan Parlimen sebagai sejarah pemimpin. - Foto Bernama

Iklan
Iklan