Nenek jatuh tebing ditanduk kambing gunung

Iklan
Ibex atau kambing gunung hanya bertindak agresif sekiranya ia berasa terancam. - Foto Agensi

MADRID - Berpantang maut sebelum ajal, itulah yang berlaku ke atas seorang pelancong wanita yang terselamat selepas terjatuh dari ketinggian kira-kira 20 meter (m) dari sebuah puncak tebing semasa bercuti di wilayah Granada, Sepanyol.

Lapor, de Gelderlander, mangsa yang merupakan warga Belanda terjatuh selepas ditanduk seekor ibex atau kambing gunung.

Iklan
Iklan

Difahamkan, warga emas berusia 69 tahun itu patah kedua-dua pergelangan tangan dan lebam dalam kejadian sekitar 3 petang (waktu tempatan) di Trevelez yang terletak di kawasan pergunungan Alpujarras baru-baru ini.

Pasukan penyelamat dan malim gunung yang bergegas ke lokasi kejadian kemudian turut menerima panggilan kecemasan serangan kedua ibex di kawasan berhampiran.

Iklan

Dua pelancong warga Belgium cedera ditanduk dengan salah seorang mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri.

Ketiga-tiga mangsa diterbangkan ke hospital dengan helikopter. - Agensi

Iklan