Dugaan di Tanah Suci, jururawat terima berita pemergian ibu

Iklan
Gambar hiasan. Seramai 670 petugas haji digerakkan secara berperingkat ke Arab Saudi bagi menjayakan perjalanan operasi ibadah haji tahun ini. - Foto Bernama

MAKKAH - Berdepan dugaan berbeza, seorang jururawat dan sepasang suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan, tabah menempuhinya ketika berada di Tanah Suci.

Bagi Khairul Anuar Ramli yang bertugas di pusat rawatan Tabung Haji (TH) di sini, beliau menerima khabar duka dari tanah air apabila ibunya, Kamaliah Abd Hamid meninggal dunia secara mengejut pada Sabtu lepas.

Iklan
Iklan

Katanya, beliau ketika itu sedang berehat setelah selesai menjalankan tugas dan tidak menyedari ada beberapa panggilan telefon daripada isteri dan ahli keluarganya pada awal pagi Sabtu.

Khairul Anuar berkata, beliau hanya mengetahui mengenai perkara itu selepas membaca mesej daripada isterinya ketika subuh waktu tempatan (4.11 pagi).

Iklan

"Isteri mesej yang saya kena kuat, ini antara dugaan ketika saya bertugas di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Katanya, walaupun terkilan kerana tidak dapat bersama keluarga untuk menguruskan jenazah ibunya, beliau menguatkan semangat meneruskan tugas serta menitipkan doa dari Tanah Suci.

Iklan

Khairul Anuar berkongsi ibunya yang berusia 69 tahun mengunjungi rumah adiknya di Ipoh, Perak sebelum mengalami muntah-muntah serta sesak nafas dan disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Dalam pada itu, Muhammad Bukhari Zakaria, 64, dan isterinya Siti Aidah Mustapha, 52, yang menetap di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, tidak mahu kekurangan diri menjadi penghalang dalam menunaikan ibadat.

"Petugas TH banyak membantu, begitu juga rakan sebilik tetapi kami tidak mahu petugas terbeban dan mengganggu ibadat rakan sebilik,” kata Siti Aidah sambil menambah mereka tidak mempunyai pengiring ketika berada di Tanah Suci.

Ditanya cabaran berdepan lautan manusia di Masjidil Haram di sini dan Masjid Nabawi, Madinah, Siti Aidah yang bekerja di sebuah syarikat swasta berkata meskipun dilanggar dan ditolak, beliau sudah biasa dengan keadaan itu ketika bersesak di dalam Transit Aliran Ringan (LRT) untuk ke tempat kerja dan membeli barangan keperluan harian. - Bernama.