Wardah, Kahf sokong program #QuranHour

Iklan
Karina (berdiri tiga dari kanan) dan para tetamu kehormat bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli berangkat ke Program World #QuranHour 2023.

SHAH ALAM - Paragon Technology and Innovation (Paragon) melalui jenama Wardah dan Kahf menyokong usaha kempen berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham serta amal untuk mewujudkan impak positif kepada ummah bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF).

Ketua Pemasaran Antarabangsa Paragon Indonesia, Karina Anindita berkata, masyarakat semakin mendapat pendedahan dan pengetahuan mengenai al-Quran sebagai panduan kehidupan melalui program #QuranHour.

Iklan
Iklan

Tambahnya, program tersebut boleh menjadi pencetus umat Islam mendekati al-Quran sekali gus mengubah kehidupan individu menjadi lebih baik melalui penghayatan kitab suci itu.

"Oleh itu Wardah dan Kahf memberi sokongan sebagai penaja bagi World #QuranConvention 2022 serta World #QuranHour 1444H.

Iklan

"Lebih ramai lagi penyertaan dari seluruh dunia secara dalam talian dengan matlamat yang utama iaitu mengaji dan memahami maksudnya melalui pendekatan tadabbur serta saya turut mendapat ilmu berharga tentang misi Surah Al-Insan pada sesi kali ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Wardah dan Kahf memberi sokongan kepada World #QuranHour pada 13 April 2023. (Gambar kecil: Karina Anindita)

Dalam pada itu, Karina berkata, selain penghayatan al-Quran, pihak syarikat turut menekankan pendidikan yang lebih baik antaranya menyediakan latihan perguruan, biasiswa, penambahbaikan infrastruktur dan pembangunan kepimpinan.

Iklan

Menurutnya, Wardah dan Kahf sebagai rakan sinergi terus memberi sokongan bagi menjayakan kempen yang lebih besar dari masa ke masa agar ia memberi impak sebenar kepada MenQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah.

"Paragon mengambil inisiatif untuk mengadakan kuliah dalam talian secara bulanan dan tazkirah berjadual kepada semua warga kerja di Indonesia serta Malaysia. Kami turut menawarkan program kerohanian berbayar sepenuhnya kepada pekerja berkhidmat lebih tujuh tahun ke atas.

"Melalui program ini, umat Islam akan melakukan perjalanan umrah manakala mereka yang bukan Islam boleh mengunjungi tempat ibadat di luar negara,” katanya.