Pelajar USAS lemas di Air Terjun Batu Hampar

Iklan
Anggota bomba berikan bantuan CPR kepada mangsa sebelum menyerahkan kepada ambulans untuk rawatan selanjutnya. - Foto JBPM Perak

KUALA KANGSAR - Seorang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) meninggal dunia dipercayai akibat lemas ketika mandi bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar dekat Padang Rengas pada Rabu.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa dikenali Muhamad Arif Arsyad Md Salleh, 23, datang ke kawasan itu untuk berkelah bersama 10 rakan lain.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, panggilan kejadian itu diterima pada jam 11.19 pagi.

Menurutnya, maklumat awal memaklumkan, mangsa telah lemas di air terjun sekitar 20 minit sebelum anggota tiba di lokasi kejadian.

Iklan

"Mangsa dibawa naik oleh rakan-rakannya yang berada di situ.

"Anggota bomba telah berikan bantuan CPR (resusitasi kardiopulmonari) kepada mangsa sebelum menyerahkan kepada ambulans untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Iklan

Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar.

Operasi tamat pada jam 12.43 tengah hari.