Kuih Akok Ikan

Iklan


Pengusaha kuih Akok Ikan dari Kampung Chalil, Gua Musang Zaharah Mohd Nor, 43, menunjukkan kuih akok ikan di gerai jualannya ketika ditemui pemberita di Program Karnival Usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) & myKOMUNITI Perikanan (myKP) Zon Timur Tahun 2023 di Dataran Bahtera Tok Bali.

Beliau menjual kuih Akok Ikan pada harga RM1 sekeping kini mampu menghasilkan hampir 6,000 biji kuih Akok Ikan dalam tempoh sebulan dan beliau tidak menyangka kelainan yang dicipta itu kini berjaya mendapat tempat di hati pelanggannya terutama di sekitar Gua Musang dan juga Kuala Krai.