Rampasan dadah di pelabuhan Tokyo, kedua terbesar dalam sejarah Jepun

Iklan
Foto hiasan 123RF

TOKYO - Pihak berkuasa Jepun merampas dadah sintetik seberat 700 kilogram (1,543 paun) di pelabuhan Tokyo, yang kedua terbesar dalam sejarah rampasan dadah sintetik negara itu lapor Sputnik memetik media Jepun pada Rabu.

Serbuk yang kemudian disahkan sebagai dadah sintetik itu ditemukan dalam kontena yang dihantar ke pelabuhan Tokyo menggunakan kapal kargo dari Emiriah Arab Bersatu melalui China dan dadah itu disorokkan di antara papan, lapor penyiar NHK.

Iklan
Iklan

Dadah itu dianggarkan bernilai 43 bilion yen (kira-kira AS$400 juta) mengikut harga pasaran gelap, menurut laporan itu.

Empat warga China ditahan berkaitan kes itu, dengan sebuah organisasi jenayah antarabangsa dipercayai mendalangi kumpulan berkenaan.

Iklan

Konsainan dadah terbesar yang dirampas di Jepun pernah dibuat pada 2019 dengan berat kargo berjumlah satu tan.

Pada 2022, sejumlah 290 kilogram dadah dirampas di Jepun yang turut menyaksikan seramai 170 orang ditahan. - Bernama

Iklan