Netizen kecam pelawak Singapura jadikan MH370 bahan jenaka

Iklan
Tangkap layar video TikTok pelawak Singapura jadikan kehilangan kapal terbang MH370 sebagai bahan jenaka, mengundang kecaman ramai.

SHAH ALAM - Tindakan pelawak Singapura, Jocelyn Chia menggunakan Malaysia sebagai bahan jenaka dalam satu persembahan komedi berdiri akhirnya mengundang kecaman netizen kerana ia seolah-oleh menghina negara.

Lebih menyedihkan apabila wanita berkenaan turut memperlekehkan tragedi kehilangan kapal terbang MH370.

Iklan
Iklan

Menerusi video satu minit 29 saat yang dimuat naik menerusi laman sosial TikTok, pelawak berkenaan turut menyifatkan bahawa pembangunan Malaysia jauh terkebelakang berbanding Singapura.

Ruangan komen di akaun rasmi TikTok pelawak itu dibanjiri dengan kata-kata tidak senang orang ramai menyifatkan bahawa lawak yang disampaikan tidak sensitif.

Iklan

"Jenaka mengenai kehilangan kapal terbang agak melampaui batas,” tulis pemilik akaun @Xenntrta.

Seorang lain pengguna TikTok @a_da07 berkata, kesemua lawak yang disampaikan terlalu peribadi dan ia bukan lagi bahan jenaka.

Iklan

Isu kontroversi itu turut hangat diperkatakan di media sosial, Twitter yang mana rata-rata tidak setuju dengan tindakan pelawak berkenaan menggunakan kes kehilangan kapal terbang MH370 sebagai bahan jenaka.

Menurut seorang pengguna Twitter @inijalannya berharap agar Jocelyn disekat daripada memasuki Malaysia.

"Lawak ke hina negara orang? Harap dilarang masuk Malaysia seumur hidup dia,” tulis pemilik akaun @apaialieng.

Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial berkenaan @dr_ismailashmat berkata, sekiranya pelawak berkenaan seorang yang berpendidikan dan maju, dia tidak akan bercakap perkara buruk seperti itu.